loader image

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

With full hearts,
joyfully invite you to their wedding

Hindah & Aqil

Hindah & Aqil

SABTU
29 APRIL 2023M
8 SYAWAL 1444H

\

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

(Surah Ar-Rum : 21)

Dengan memohon rahmat dan redha Allah swt, kami sekeluarga dengan penuh rasa syukur menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik serta keluarga hadir ke Majlis Perkahwinan anakanda/adinda/kekanda kami :

Hindah

Hindah Khairiyah

Puteri keempat dari
Dr. Hj. Shohibuddin Bin Laming
& Puan Siti Mursyidah Binti Abd Djalil

&

Aqil

Muhammad Aqil Fitri

Putera keempat dari
Hj. Abdul Rahman Bin Iskandar
& Ustz. Asmahriah Binti Wan Ibrahim

Save The Date

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Walimatul Urus

Sabtu, 29 April 2023M
08 Syawal 1444H

12:00 Petang – 4:00 Petang

La’ Pelangi Club House, LOT 5281,
Jl. Semenyih, Taman Pelangi Semenyih,
43500 Semenyih, Selangor, Malaysia

Wakil-Wakil Yang Berharap :

Dr. Hj. Shohibuddin Laming
Hjh. Siti Mursyidah Abd Djalil
Ihda Uswatun Shalihah Shohibuddin
Muhammad Hifzil Iman Mazin
Wafa Abdul Jabbar Shohibuddin
Hana Hidayati Kamaruzzaman
Salmiyah Nurunniyah Shohibuddin
Umar Mukhtar Munir
Zainab Nurul Izzah Shohibuddin
Niswah Zinnirah Shohibuddin
Keluarga Besar Hj. Laming Wekke
& Hjh. Hindong Manja
Keluarga Besar Hj. Abdul Djalil Thahir
& Hjh. Chaeriyah Abdul Jabbar

 Doa Pengantin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, yang telah menciptakan makhlukNya berpasang-pasangan.

Sesungguhnya, Hawa telah dicipta dari rusuk Adam. Terciptanya ia bukanlah dari kepala untuk dijunjungi, bukan jua dari kaki untuk dialasi. Tapi dekat dibahu untuk dilindungi, dekat jua dihati untuk dikasihi.

Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan segala kerendahan hati, Engkau perkenankan dan berkatilah pernikahan anakanda/adinda/kekanda kami :

Hindah Khairiyah Binti
Hj. Shohibuddin
&
Muhammad Aqil Fitri Bin
Hj. Abdul Rahman

Semoga cahaya terhimpun dan terserlah dari keduanya. Jadikanlah rumahtangga mereka, seindah rumahtangga Adam a.s dan Hawa a.s, setabah Ibrahim a.s dan Hajar a.s, sesetia Yusuf a.s dan Zulaikha a.s, dan sesuci Muhammad s.a.w dan Khadijah a.s.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kedua mempelai ini, zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh. Murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka, serta berikanlah kepada mereka ketenangan dan kebahagiaan di dunia juga di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini, dan semoga ianya berkekalan dan berpanjangan hingga ke syurgaMu yang kekal abadi selama-lamanya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

‘Bicara Hati Pengantin’

– Aqil Fitri –
23 / 2 / 2023

Ya Khaliq..
Merebah kedua lutut, sembah diangkat. Syukur dipanjat ke hadratMu Ilahi, bertali arus karunia dariMu buat kami.

Begitu indah caraMu mempertemukan kami. Lalu Kau kuatkan kami dalam istikharah dan istisyarah membina masa hadapan.

Sabar terdidik, meniti hari demi hari hingga tiba waktunya ijab & qabul disatukan dua hati. Yang asal asing, telah Kau temukan dengan rahmat & kasih sayangMu pemilik alam.

Hikmah dikecap, diri terjaga. Hari ini telah Kau temukan kami dalam sebuah pertemuan suci mitsaqan ghaliza, me-materai janji menyatukan kami dalam keadaan baik keranaMu.

Ya Lathīf..
Jadikanlah penyatuan dua jiwa ini sebagai menyempurna sebahagian iman & taqwa kami, menambah baik diri kami, serta sebagai jalan mendekat diri kami hanya kepadaMu, bantu dan pandulah kami sentiasa dalam membina keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.

Bismillah,
Kita jalan bersama

 

– Hindah Khairiyah –
2 / 3 / 2023

Bismillah selawat dan salam pembuka kata,
Tanda sayang dan cinta pada nabi kita,
8 Syawal penyatuan dua jiwa,
Sakinah mawaddah dan rahmah harapan selamanya.

Oktober tiga belas haribulan,
Berbalas salam taaruf dimula,
Terbit dihati rasa syukur dan hiba,
Dek tarikh yang sama ‘garfield’ tak kunjung tiba.

November sembilan belas haribulan,
Memilih pemimpin negara juga pemimpin nakhoda,
Nadzor di UIA pada hari yang sama,
Tempat menuntut ilmu aku dan dia.

Desember sepuluh haribulan,
Bertukar cincin memohon restu orang tua,
Kau pinang aku dengan Bismillah,
Ku terima pinanganmu dengan Alhamdulillah.

Ku akhiri kalam dengan sebuah harapan,
Harapan tersemat di dalam hati,
Syukur dan sabar menyertai jalan,
Bersama mengatur langkah menuju Firdausi.

Bismillah,
Kita jalan bersama

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Niswah Zinnirah Shohibuddin

Umair Rahman

Diatas kehadiran Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik ke majlis ini, terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih.

RSVP

Dengan penuh rasa syukur dan hormatnya, kami sukacita menjemput Dato/Datin/Puan/Encik/Cik serta keluarga hadir ke Majelis Perkahwinan anakanda/adinda/kakanda kami, dengan menyertakan kehadiran (RSVP), sebelum 15/4/2023:

Hindah Aqil New

Wedding Gift

‘Berawal Hadiah, Menjadi Cinta’

Jarak masih mampu menghubungkan kita semua. Dan jika memberi adalah ungkapan tanda kasih antara kita, anda boleh memberinya melalui :

Guestbook

Please leave your wishes for us

86 Comments

  1. Assalamu’alaikum hindah ✨
    Mohon maaf ya telat wish nya.
    Semoga sakinah mawaddah warahmah 💞
    Semoga diberi kesabaran dan toleransi yang tinggi terhadap pasangan. ❤️
    I got more doa for you, but let it be between me and Allah.
    Wishing you nothing but the best!
    One fine day, sambut anniversary sama2 tani 🤣🤍

    Tq for the support from day 1 prepare majlis.
    Tq sudi dengarkan my feedbacks for your preps also.

    Semoga Allah jadikan pasangan tani ani, pasangan hingga ke jannah dan membimbing ke jalan yang diredhai Nya. 💞

    One that truly care for you inside out,
    Ummi HB.

    Fi hifzillah dear Hindah & Family.
    Keep on reminding good stuffs to each other okie.

  2. Selamat pengantin baru buat Aqil & Hindah..semoga hubungan halal yg dibina berpanjangan kekal bahgia membawa ke syurga..selamat menempuh alam kehidupan baru bersama..dijurniakan zuriat yg soleh solehah..diredhai Allah selalu..

  3. Semoga beng dan wife bahagia dan dipermudah urusan hingga ke akhirnya ameen

  4. Selamat Pengantin Baru buat KakHindah dan Aqil ✨ Semoga perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Syurga. Selamat menempuah hidup baru dan semoga dengan ikatan pernikahan ini menjadikan kalian sebuah keluarga yang selalu dalam lindungan Allah, penuh kebahagiaan dan kenikmatan 🥰

  5. Selamat menempu hidup baru…

  6. Assalamu’alaikum sahabat ku Hindah ❤️

    Tahniah atas perkahwinannya 😘 semoga rumahtangga yang bakal dibina bersama Aqil mendapat berkat, rahmat dan lindungan daripada Ar-Rahman & Ar-Rahim 🤲🏻

    Selamat melayari bahtera cinta sehingga ke Jannah-Nya,😊

    Untuk suami Hindah, Aqil :
    Tolong jaga Hindah baik baik, in sha Allah Hindah akan menjadi isteri yang solehah & baik 🤲🏻

    Sayang Hindah ! ❤️❤️❤️ sorrry dun inda belaku datang ke Majlis mu🥺 hanya doa yang baik baik dari kami sekeluarga untuk kehidupan mu😘❤️

    Alfu Mubarak mempelai pengantin baru !

  7. Assalamualaikum Hindah dan Aqil..

    Tahniah pengantin baru, semoga dipermudahkan semua urusan majlis perkahwinan dan seterusnya segala urusan perkahwinan kamu berdua nanti.. Kami doakan pasangan mempelai bahagia hingga ke Jannah amiin amiin amiin..

    Inda tau if Hindah ingat dari dulu awal udah Qidah book kan hadiri majlis mu no matter what, ganya udah bukan rezeki.. kami ngam inda belaku ke Malaysia di tarikh perkahwinan mu.. :’) but kami doakan Hindah and suami dari jauh saja aa ❤️

    Extra mesej dari Qidah- Please remember Hindah selalu kan jadi sahabat sejatiku keh seh. Haha. Kepada Aqil, tolong jaga Hindah baik baik aa. She deserves all the kindness hehe.

    Ikhlas
    Hafiizzati

  8. Selamat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh berakah dan rahmah. Selamat bercinta hingga ke jannah 🙂

  9. Tahniah akak dan suami. Selamat menempuh alam rumahtangga. Moga perkahwinan akak diberkati dan dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmat🤲🏻

  10. Bismillah.. Semoga di permudahkan segala urusan Kak Hindah sekeluarga. Semoga ikatan yg di bina sentiasa mendapat Kasih Allah dan membawa ke syurga-Nya. Garfield mesti happy kann? Sayang Kak Hindah♥️

  11. Tahniah,

    Selamat Pengantin Baru.. Semoga jodoh berdua berkekalan hingga ke jannah Aamiin…….

  12. Tahniah..Semoga Hubungan Berpanjangan Hingga Ke Syurga Firdausi..

  13. Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama’a bainakuma fil khair

  14. بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في خير

    Alhamdulillah Tahniah boss Beng. Semoga perkhawinan membuka jalan rezeki yang luas dan sukses dunia akhirat. Semoga berkekalan sampai ke syurga ameen ya rabb

  15. Assalamualaikum Kak Hindah..

    Barakallahu lakuma buat Kak Hindah & pasangan 😍
    Selamat membina masjid yg indah di dunia dan akhirat..

    Semoga ikatan dua hati ini berpanjangan hingga ke syurga firdausi, dipermudahkan segala urusan di hari depan, diberikan keberkatan dan rahmat dlam hubungan yg terjalin, diluaskan rezeki sekeluarga, dan sentiasa bahagia sakinah mawaddah wa rahmah hingga ke jannatul firdaus.. ❤️

    Semoga dipermudahkan daripada awal persiapan hinggalah ke hari akad nt kak Hindah! 🥰❤️

  16. Tahniah my brother Beng ❤️ im happy for you, semoga pernikahan ini membawa seribu satu kebaikan buat kalian ❤️🤲🏻

  17. Selamat pengantin baru sahabat. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt. Doakan semoga Beng and isteri bahagia himgga ke akhir hayat ameen2 🤲🏻

  18. Barakallahulakuma wabaraka wajama’a bainakuma bilkhair

  19. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير..

    semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga..

  20. Barakallahulakuma Hindah & pasangan.

    Semoga dipermudahkan urusan berbaki dan semoga kekal hingga ke Jannah.

    🤍

  21. Tahniah Dr Shohibuddin & Isteri kerana mendapat lagi menantu. Semoga majlis dipermudahkan.Aamiin

  22. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير💕

    Alhamdulillah tahniah Aqil dn pasangan, Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia selalu hingga ke akhir jannah

  23. Salam Raikan Cinta buat Kak Hindah dan pasangan. Semoga perkahwinan kalian diredhai oleh Allah SWT. Selamat melayari bahtera cinta kerana Allah. Salam sayang dari KUIS BASL❤️

  24. Assalamualaikum Hindah dan pasangan..

    بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير..

    Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat serta mendapat rahmat dan kasih sayang Allah dalam melayari bahtera rumah tangga.. in sya Allah sehingga ke syurgaNya yang tertinggi..

    Aminn..

    Semoga dipermudahkan dan dilancarkan majlisnya nnt in sya Allah…

    Tahniahh dan selamat pengantin baruuu!!!!! 😍

  25. Alhamdulillah tahniah buat Hindah dan pasangan. Semoga Allah menguatkan ikatan pernikahan kalian dan menguatkan hati kalian dengan iman serta cinta selamanya. Selamat menempuh alam rumahtangga dan selamat bercinta sampai syurga 💕

  26. Assalamu’alaikum hindah sahabatku,

    ،الحمد لله ثم الحمد لله
    Tahniah muqaddam hindah, so happy for you🥺❤️ Semoga Allah permudah semuanya & perkahwinan kamu beroleh berkah, rahmat dan perlindunganNya❤️ Semoga menjadi suami isteri soleh solehah dan dikurniakan zuriat2 soleh solehah jua, bahagia hingga syurgaNya amiin amiin amiin ya Allah❤️🤲🏻

  27. بارك الله لكما وجع بينكما في الخير💓

    Selamat membina syurga dunia kalian bukan sekadar sampai ke hari tua.. Tapi kekal bahagia sampai ke Jannah.

    Moga Aqil dan Hindah bahagia sampai syurga 🥰🤲🏻bahagia dengan cara sendiri.

  28. Assalamualaikum

    Semoga dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam melayari alam perkahwinan untuk Hindah dan suami.

  29. Assalamualaikum kak hindahhh 😍

    Selamat Pengantin Baruuu! 🥺
    Semoga dipermudahkan majlisnya. Semoga akak dan suami dapat menempuh alam perkahwinan dengan jayanya hingga ke syurga bersama-sama. Semoga dikurniakan juga rezeki zuriat yang sihat dan berjaya untuk family akak,agama dan negara.

    Amiin.. 💕

  30. Assalamualaikum pembuka bicara,
    Bulan Syawal dipetik sama,
    Berkat sabar diiringi doa,
    Sudah ilahi temukan cinta ☺️

    Mabrook setinggi tahniah Hindun & Bakal Suami,
    Sebagai sahabat sudah tentu didoakan agar jodoh yang bakal disatukan nanti dilimpahi rahmat kasih sayang Allah selalu.
    Mudah-mudahan mahligai cinta yang bakal dilafazkan dengan akad nikah nanti sering Allah tumpahi berkah & sejahtera buat kalian berdua.
    Semoga iman & Taqwa menjadi penyuluh jalan didunia untuk sama-sama meraih Syurga.
    Sakinah, Mawaddah war Rahmah akan daiman merebut menyinari rumahtangga.
    Dianugerahkan zuriat yang soleh solehah, taat akan perintah Allah dan Rasul-Nya 😊

    Ahlan wa sahlan sahabatku,
    Ke dalam dunia-mu yang baru,
    Ku doakan kebahagian buat-mu selalu 😍

  31. Tahniah kak hindah dan pasangan !🥳🥳🤵🏻‍♂👰🏻‍♀

    Semoga sentiasa dirahmati dengan kasih sayang Allah selama menjalani bahtera rumahtangga, moga diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah, serta diberikan rezeki yang luas lautan.

    بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير 🤍

  32. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

    Kita nak hadiahkan satu doa ni khas buat akak dan bakal suami,

    اللهم لا تذرني فردا وانت خير الوارثين

    Semoga dengan berkat doa ni, dikurniakan akak pasangan dan waris zuriat yang baik. Aaminn

  33. Baarakallahu lakuma kak hindah solehah.. Alhamdulillah syukur dan rasa bahagia sangat2.. Semoga kak hindah dan juga pasangannya sakinah mawaddah warahmah until hingga ke jannahtul firdaus.. moga kak hindah jadi wanita yg solehah yang di dambakan syurga aamiin aamiin yaa robbal alamin..

  34. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع عليكما في الخير 💕💕💕💕

    Tahniah buat hindah dan pasangan . Semoga rumah tangga yang dibina dilimpahi dengan mawaddah dan rahmah dan berkekalan sehingga ke syurga.
    Semoga diberi kebahagian, kesabaran dan diberkati sentiasa. Tahniah Hindah❤️

  35. Mabruk alaik hindah dah pasangan ! Selamat bercinta hingga ke syurga 🫶🏻 Moga Allah limpahkan mawaddah dan rahmah dalam ikatan cinta hindah dan pasangan🤍 Dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah menjadi penyeri rumahtangga dan saham di akhirat 🤍

  36. Tahniah kak hindah dan pasangan, semoga mahligai yang dibina hingga ke syurga dan disinari dengan kebahagiaan, rahmat Allah, serta diperluaskan rezeki seluas lautan utk pasangan ini. Love you kak hindah

  37. BarakaAllahu lakuma wa barakaalaikum wa jaamaa bainakuma fi khayr!

    Selamat menjalani bahtera baitul muslim dengan takwa dearest! ❤️

  38. Semoga urusan pernikahan kak hindah dan pasangan berjalan dengan lancar dari awal hingga tamat majlis🤲🏻

    Barakallahu lakuma fiddunya wal akhirah🌹

  39. Selamat pengantin baru, Kak Hindah dan suami. Moga Allah jaga kalian dalam ketaatan kepada-Nya, berkekalan sehingga tua dan akhirnya syurga.

  40. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

    Tahniah Hindah dan suami. Semoga dikurniakan Sakinah Mawaddah dan Rahmah serta dikurniakan kemudahan semuanya in shaa Allah.🤲🏻

  41. Baarakallah Kak Hindahh 🤍
    Semoga Allah mudahkan dan lancarkan acaranya..
    Dan bismillah, semoga Allah senantiasa mawaddahkan sakinahkan pernikahan kakak 🤍🤍🤍

  42. Assalamualaikum ka Hindah dan Suami,

    Wishing you both a wonderful wedding and Life Together & Congratulation on the beginning of your fairytale.

    Love Nina and Subok Family.

  43. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

    Didoakan semoga Hindah dan pasangan dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rohmah🌸

  44. Alhamdullilah tahniahhh buat sahabat saya , Aqil Rahman dan pasangan. Semoga perkahwinan kamu berdua diberkati dan dirahmati allah swt dan sentiasa dilimpahkan rezeki yang mencurah2 ❤️❤️❤️❤️

  45. Alhamdulillah tahniah hindun selamat menjadi isteri orang hehe, semoga rumah tangga nya sentiasa mawaddah warahmah, kekal sampai syurga aamiin aamiin ❤️ Lebyu!

  46. MasyaAllah Tabarakallah Hindah & pasangan. Barakallahu Lakuma wa Baraka ‘Alaikuma wa Jama’a Bainakuma Fi Khairr. Semoga dipermudahkan urusan semuanya dan dilancarkan majlisnya nanti, semoga Samawa 🤲🏻

  47. Barakallah lakumaa Hindah dan pasangann,

    Semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudah segala urusan di dunia hingga akhiratt.

    Im so happy for both you. Selamat berbahagia dan mengharungi bahtera rumahtangga hingga akhir hayat.

  48. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

    Tiada ucapan yg mampu dituturkan melainkan doa yg dipohon buat Hindah dan pasangan agar dipermudahkan segala urusan kalian, diberkati perkahwinan dan kehidupan kalian, berkekalan hingga ke syurga. 💖

  49. Salam Tahniah buat kak Hindah dan pasangan.🤩🥳
    بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
    Semoga masjid yang bakal dibina akan sentiasa dipayungi keberkatan, mawaddah dan rahmat Ilahi SWT sehinggan Jannatul Firdaus aaameeen ✨ Semoga dimudahkan kakk hingga ke hari akad dan walimah aaameen❤️

  50. Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama’a bainakuma fi kheir~

    Selamat menempuh alam perkahwinan Hindah & suami. Enjoy your marriage life sis! 😁

    Semoga ikatan yang dibina mendapat Sakinah Mawaddah Warahmah 😘

    Salam rindu dari Brunei 💛💛💛

  51. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

    Semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang kepada Hindah dan pasangan..

    Harap kekal tabah dan sabar mengharungi alam perkahwinan , pembuka pintu kebaikan , dalam tautan keberkatan..

    Syukran atas ingatan..

  52. Selamat menunaikan ibadah puasa hindah🥰

    Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusannya aa❤️❤️❤️

  53. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah dan diberkati kedua mempelai

  54. Mabruk Hindah dan pasangan Aqil. Semoga Allah permudahkan dan memberkati setiap langkah menuju dan perkahwinan antum. Semoga Allah kuatkan ikatan antum dalam mempertingkan amal dalam menggapai redha Allah

  55. مبارك مقدم..

    بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

  56. masyaallah tabarakallah.. mabruk lai..❤️

    barakallahulakuma… mudahan sentiasa dalam sakinah mawaddah wa rahmah.. dan dipermudahkan segala urusan majlis hingga ke akhirnya..

  57. ustazah doakan majlisnya berjalan dengan lancar ye.. dipermudhkn semuanya..

    آمين يا رب العالمين..

  58. Wa’alaikumsalam warahmatullah

    Alhamdulillah tahniah ye hindah. Semoga acaranya nanti lancar, dan rumah tangga yang akan dibina nanti sakinah mawaddah warahmah serta dikaruniai zurriyat solih solihah..

    آمين يا رب العالمين..

  59. hindah…🥰😍😘 Alhamdulillah kan kawin syukur ya Allah..❤️

    Mudah-mudahan hindah & bakal suami berbahagia & berkekalan hingga ke akhir hayat.. Semoga persiapan urusan kahwin berjalan lancar & sempurna serta mendapat keberkatan dari Allah SWT.. Aamiin ya Allah..

    salam sayang dari teacher😘

  60. Didoakan smoga dimudahkan urusan perkahwinan Hindah nanti😘

  61. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.. Bahagia hingga ke jannah 💕

  62. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

  63. Masyallah tabarakallah Kak Hindah yg disayangi. Yang banyak memberi tunjuk ajar saat kita satu bilik semasa kuliah dulu. Jasa akak akan saya kenang selamanya. Didoakan semoga mahligai yang bakal dibina diiringi keberkatan dari-Nya. Dipermudahkan segala urusan & selamat bercinta sampai syurga 🌸

  64. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    بَارَكَ اللهُ لَكما وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ. بَارَكَ اللهُ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْكُمَا فِيْ صَاحِبِهِ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
    Tahniah dan alfu mubarak ya HIndah. 🎉🎊✨💐💐💐 Semoga menjadi seorang isteri yang solehah dan diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menunaikan kewajipan dan tanggungjawab as a wife nanti:). Semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi kamu berdua serta mengurniakan sebuah keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. اللهم آمين

    syukran jazilan di atas jemputannya. Ustazah inda blaku datang 😢
    Jaga kesihatan selalu 🥰🥰🥰

  65. Mabruk ya Hindah dan pasangan.

    Semoga acaranya berjalan dengan baik dan lancar, semoga keluarga yang dibina sakinah mawaddah wa rahmah, bahagia di dunia hingga ke akhirat kelak.

    آمين يا رب العالمين

  66. بارك الله لكما ، وبارك عليكما، وجمع بينكما في خير..

    Semoga menjadi keluarga yang bahagia, sentosa aman damai permai, dalam iman dan taqwa…dalam naungan Al-quran dan Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم..

    Semoga kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak2 dan zuriat yang soleh…

    Semoga tabah, cekal, sabar dalam mengharung bahtera kehidupan berkeluarga..
    Dimurahkn rezeki, sihat walafiat..
    آمين يا رب العالمين.

  67. بَارَكَ اللهُ لَكما وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ. بَارَكَ اللهُ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْكُمَا فِيْ صَاحِبِهِ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

  68. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

    Tahniah hindah dan pasangan. Semoga mahligai yang dibina barakah, sakinah, mawaddah dan rahmah.

  69. Tahniah buat Beng dan bakal isteri. Selamat bercinta hingga Syurga. Moga ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah swt. In shaa Allah. Ameen

  70. Alhamdulillah tahniah Ka Hindah… Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berjln dngn lancar majlis akad nanti dgn penuh cinta & keberkahan seisi keluarga.. semoga jodoh kaka bersama suami nanti berpanjangan hingga ke syurgaNya Allah.. Amin Ya Robbal Alamin..

  71. Mabruk Hindah… semiga Allab permudahkan segala urusan dan Allah kekalkan sampai ke Jannah… Aameen

  72. Barakallah Beng dan pasangan. Semoga Allah permudahkan segala urusan persiapan Beng dan pasangan. InshaAllah beroleh sakinah, mawaddah Warahmah. Amiinn. Let us know, if u guys planning to travel to Germany 😁

  73. الله يبارك فيكما وجمع بينكما بخير

  74. Tahniah. Selamat Pengantin Baru Beng dan isteri. Semoga beroleh pernikahan paling manis dan beroleh keberkatan. Bahagia hingga jannah Aamiin.

  75. “Barakallahu laka wa baraka ‘alayka wa jama’a baynakuma fi khairin”

  76. Tahniah buat sahabat Aqil aka AbgBeng dan bakal isteri. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dibukakan pintu rezeki seluas luasnya. Semoga ikatan cinta yang disimpul membawa barakah, rahmat dan keredhaan daripada-Nya, dan dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah 🤲

    بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

  77. Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama’a bainakuma fi khair

  78. Barakallahu Fikuma

    May Allah give blessings to whatever you decide to act upon and give you the happiness in this Dunya and Akhirah

  79. Mabru’ Aqil dan pasangan.Mudahan Allah permudahkan segala urusan

  80. mabruk aqil dan pasangan. moga dipermudah urusan dan bahagia hingga syurga 🦋

  81. Semoga dipermudahkan urusan kak hindah dan pasangann. Semogaa masjid yang ingin dibina dikurniakan sakinah mawaddah wa rahmahh 🤍🤍🤍

  82. Ma syaa Allah, Tabarakallah.. Semoga dipermudahkan urusannya untuk ka Hindah & bakal suaminya. Semoga Allah merahmati dan dikurniakan rumahtangga yang sakinah mawaddah wa rahmah 💖💛

  83. Mabruk muqaddam kak hindah@partner intern degree. Barakallahu lakuma wajamaعa bainakuma fi khair. Moga rumah tangga yang dibina beroleh sakinah mawaddah dan rahmat Allah SWT. Ku doakan kebahagianmu bersama pasanganmu hingga syurga.

  84. Bismillahirrahmanirrahiem..

    Kita jatuh cinta bukan karena menemukan orang yang sempurna, melainkan karena melihat kesempurnaan pada orang yang tidak sempurna.

    Itu sebabnya mencari, memilah dan menetapkan pasangan hidup bukanlah untuk memastikan kesempurnaan pada pasangan, akan tetapi menyempurnakan cinta pada pasangan yang telah ALLAH takdirkan untuk kita, dengan begitu inshaALLAH cinta akan senantiasa bersemi.

    Ananda Aqil Fitri & Hindah Khaeriyah ..

    Semoga Mahligai Rumah Tanggamu selalu kemilau, Bercahaya, Dalam selimut keberkahanNya serta dalam balutan cinta dan kasihNya.. Aaamiiiin Ya Robbal Alamiin..🤲
    🤲

    With Love

    Uncle Sahal And Family

  85. Mabrouk dun~Semoga dipermudahkan sgala urusannya dan berjalan lancar majlis perkahwinannya, menjadi perkahwinan yg diberkati dirahmati diredai Allah swt, menjadi suami isteri keluarga Sakinah mawaddah warrahmah hingga kejannah dun🥰😍 love u and miss u always, smoga kitani soon dapat bjumpa and kumpul sama2 lagi, bawa nanti suami ke brunei honeymoon dun hehehe🤭🥰

  86. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير..

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank You

Hindah & Aqil

#HinggaHujungUsia
#BersamaTillJannah

Made with ♥ by

Backsound by :

© all rights reserved by NgantenStory.